Pages

Welcome

Terima kasih atas kesudian kalian untuk melawat blog ini.. Jom kita kongsi ilmu bersama-sama ! Semoga Allah sentiasa meredhai kita !

( Wahai para manusia , bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka lebar dan berhijadlad sebelum berpisah dengan jasadmu )

Saturday, December 31, 2011

Bapa Berhati Binatang !

Assalamualaikum teman-teman skalian,

udah baca paper blom, tau x dlm paper ada 1 kes yg benar-benar menakutkn !

Hanya kerana dua anaknya nakal dan tiada org menjaga mreka, seorg bapa bertintak kejam merantai kaki dan mengurung mreka di dalam tandas. Mujur jeritan kanak-kanak yang berusia 2 & 6 tahun yang dalam kesakitan serta kelaparan itu didengar jiran..

Astaghfirullah..
itulah manusia yg bnyk wujud di dnia ini skrg.. pdahal kanak-kanak tu anak dia, snggup dia brtndk kejam ke ats anknya sndri.. Ayah sperti apa dia ?? tak thu ke dosa yg mnggunung.. tau x, syaitan mmg ska sgt tgk ayah sperti itu.. anak tu amanah Allah.. kita kna didik mreka ke jalan Allah tp knapa anak itu dizalimi ?? smoga anak itu tdk brtndk sma sprti ayahnya itu suatu hari nanti..
smoga anak itu dijaga dn mndpt keredhaan Allah..

Wednesday, December 28, 2011

......║\
......║▒\
......║▒▒\
......║░▒║..Luka
......║░▒║..disebabkan...
......║░▒║..Pedang
......║░▒║..Jika
......║░▒║..Dibalut
......║░▒║..Akan
......║░▒║..kembali
......║░▒║..Sembuh
......║░▒║..TETAPI
......║░▒║..Jika
......║░▒║..Luka
......║░▒║..disebabkan
......║░▒║..Kata-kata
......║░▒║..Akan
......║░▒║..kekal
......║░▒║..di
......║░▒║..Ingatan
......║░▒║..Sepanjang.
......║░▒║...Hayat.....
......║░▒║
......║░▒║
.▓▓▓▓▓▓▓▓▓ " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
.......]█▓[Imam Ghazali menjawab yang paling tajam adalah "lidah manusia".
.......]█▓[Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati
.......]█▓[dan melukai perasaan saudaranya sendiri ♥
.......]█▓[

Menguap Adalah Sebahagian Drpd Syaitan

Assalamualaikum..

sy nk share skit, td sy tgk rncangan di TV Al-Hijrah.. then tjuk dia Menguap Adalah Sebahagian Drpd Syaitan..

Apabila kita nak mnguap, baik kita tutup mulut dgn tgn. sbb kalu x tutup, syaitan akan msuk dlm tbuh kta. kalu syaitan dh msuk dlm tubuh manusia, kita akan jd mlas nk beribadah dn tbuh kta pun akn rsa lemah n malas.. btul x??

Dlm solat pun sma jga ye.. kna tutup mulut jga.. sbb apa?? sbb kalu x tutup, solat kta x khusyuk la.. so kalu x nk syaitan msuk dlm tubuh kita, kita kna la tutup mulut semasa menguap.. yah??

baiklah, selamat beramal dn smoga mndpt perlindungan Allah..
Amin

Monday, December 26, 2011

Masuk Neraka Kerana Lisan

Assalamualaikum teman2..

Rasulullah saw bersabda :

* Muslim ialah org yg lisan dan tangannya tidak menyakiti kaum muslimin..
* Muslim ialah saudara bg muslimin lainnya. Ia tdk menganiayanya dan tidak membiarkannya teraniaya.
* Umat Islam seperti satu org. Jika kepalanya merasa sakit, seluruh bagian tubuhnya merasa demam dan tak bisa tidur.
* Barang siapa ingin selamat, hendaklah dia sntiasa diam.

Mu'adz r.a. bertanya kpd Rasulullah saw., " Wahai Rasulullah, apakah dihukum atas ucapan kita ?" Beliau saw. menjawab, " Celaka engkau, wahai ibn Jabal. Bukankah manusia ditelungkupkan dalam neraka kerana lisan mereka?"

Seseorg berkata kpd 'Isa a.s., " Tunjukkanlah amal yang menyebabkan kami masuk syurga!" Beliau a.s menjawab, " Jangan bicara selamanya!" "Tentu saja kita pasti bicara," ujarnya. 'Isa a.s. melanjutkan, " Janganlah berbicara kecuali yang baik2!"

Nabi saw. bersabda :

* Tahanlah lisanmu kecuali dari yang baik! Dengan begitu,engkau dapat mengalahkan syaitan.
* Allah SWT. berada di lisan yg berbicara. Kerana itu, org yg mengetahui ucapannya hendaklah takut kpd Allah.
* Barang siapa beriman kpd Allah dan Hari Kiamat, hendaklah dia berkata baik atau diam.
* Sebahagian besar dosa manusia terletak pada lisannya. Lisan mnusia berakal berada di belakang hatinya. Bila berbicara, ia mrujuk ke hatinya. Jika baik, ia berbicara. Jika berbahaya, ia menahan diri. Sementara itu, hati org bodoh berada di belakang lisannya. Ia membicarakn semua yang tampak baginya.
* Barang siapa mgucapkan kata yg diredhai Allah SWT., apa pun itu, Allah tetapkan reda-Nya baginya hingga Hari Kiamat.
* Ada org mgucapkan kta yg tanpa disedarinya menyebabkan dia jatuh dalam Neraka Jahanam. Sebaliknya, ada org mgucapkan kta yg tanpa disedarinya mnebabkan dia diangkat ke syurga.

Wahai saudaraku, hindarilah ujub! Ia sgt tercela bagaimanapun bentuknya, baik dalam siakp jiwa, perbuatan mahupun ucapan. Jangan tertipu oleh perbuatan ucapanmu!

Firman Allah SWT yg bermaksud :

" Dan janganlah kalian merasa bersih! Dialah yg lebih mgetahui siapa yg bertakwa"

Uban Tanda Kematian

Assalamualaikum..

Wahai yg x bergeming krna terhalang dari kebaikan, rombongan pentaubat telah melintas di depanmu. Mengapa air matamu x berlinang? Knapa tdk ada desah penyesalan? Tampaknya engkau memang terusir. Bersiaplah, wahai penerima peringatan ! Uban telah mengingatkan saat kepergian. Betapa malasnya engkau! Betapa bnyknya kelalaianmu! Berapa pun dan apa pun alasanmu, tidak ada lg maaf pd Hari Hisab. Tempat menjalin hubungan telah musnah, sedangkan tempat kembalimu telah ditetapkan. Bersegeralah, semoga engkau bisa pulih dan kembali sihat dgn brtaubat. Bersujudlah mnjelang fajar agar kau selamat dari bencana.

Alangkah beruntungnya org-org yg berhati pnuh zikir kpd Kekasih. Tdk ada tmpat untuk selain-Nya. Mereka berbicara dgn zikir kpd-Nya. Mereka bergerak dgn perintah-Nya. Mereka bergembira dgn kedekatan-Nya. Mereka bersedih kerana teguran-Nya. Makanan mereka adalah zikir kpd Kekasih. Waktu mereka terisi indah oleh munajat. Mereka tdk bisa berpisah sjenak pun dari-nya dn tdk berbicara satu lafaz pun tanpa reda-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda , " Apabila seorg hmba mncapai usi 40 tahun, sementara kebaikannya tidak mengalahkan keburukannya maka syaitan mencium keningnya seraya berkata, " Aku telah menebus wajah yang tidak akan beruntung selamanya. " Jika Allah memberinya anugerah, menyelamatkannya dari kesesatan serta mengeluarkannya dari kebodohan maka syaitan berkata, " Oh celaka! Usia telah dilewati dalam kesesatan dan maksiat tetapi Allah mengeluarkannya dari kebodohan. Ia bertaubat dn kmbali kpd Tuhannya.

Smga kta mndpt pengajaran ..
Yah ?

Jangan suka dendam sebab anda akan menjadi korbanya

Sebahagian orang bersikap sangat bertolak ansur dan tidak terlalu peduli dengan kezaliman orang lain yang merampas hak-haknya. Bahkan, terkadang dia pura-pura tidak mengetahuinya. Pendek kata, dia ialah orang yang sangat bertolak ansur dan baik hati. Dia tidak terlalu teliti menyelidiki sesuatu hingga ke akar-akarnya, tidak menyingkap apa yang ada disebalik pernyataan-pernyataan dan tidak menyulitkan dirinya dengan urusan-urusan seperti itu.

Namun, tidak semua orang begitu. Ada sebahagian orang yang tidak mempunyai sikap toleransi, menuntut semua haknya sekalipun tidak seberapa. Dia berjuang keras dengan siapa pun untuk mendapatkan haknya, yang kadangkala bukan haknya. Dia sangat jarang mengilaskan apa saja yang telah menjadi haknya.

Sudah tentu orang yang bertolak ansur lebih berjaya untuk meraih kepuasan diri, ketenangan hati dan jauh dari kecemasan. Sebagaimana dia lebih berjaya mengambil hati orang lain dan lebih berhak memdapat simpati mereka. Semua pintu keyakinan terbuka di hadapannya lebih lebar drpd orang yang mengaggap dirinya berada dalam pertarungan yang abadi dengan hamba-hamba Allah.

Dari sisi tabiat, orang yang bertolak ansur lebih dekat kpd keredhaan jiwa, ketenangan hati naluri dan bebas dari kesedihan, sebagaimana dia juga lebih dekat dgn hati-hati manusia dan lebih layak mendapatkan cinta mereka.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

Semoga Allah merahmati seorang hamba yang bertolak ansur bila menjual, bertolak ansur bila membeli dan bertolak ansur bila menagih hutang.

Tidaklah sama wanita yg MUKMIN dan wanita yg KAFIR

Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung !

Sesungguhnya anda dapat berbahagia dengan melihat satu fenomena saja, iaitu keadaan wanita muslimah di negeri-negeri Islam dan keadaan wanita kafir di negeri-negeri kafir. Wanita muslimah di negeri-negeri Islam bebas beriman, berinfaq, berpuasa, mendirikan solat, menutup aurat, taat kepada suami, takut kepada Tuhanya, baik kepada tetangganya dan berkasih sayang terhadap anak-anaknya. Alangkah berbahagianya dia dan baginya adalah ketenangan, keredhaan dan pahala yang besar dariNya.

Sedangkan wanita di negeri kafir suka mempamerkan kecantikannya, jahiliyyah, naif, suka mempamerkan pakaian bagaikan barang yang tidak laku lagi murahan, yang dijajakan di kebanyakan tempat, tidak bernilai sama sekali, tanpa mempunyai kehormatan dan tidak mempunyai agama.

Jadi, bandingkanlah antara kedua fenomena dan gambaran tersebut, nescaya anda akan merasakan bahawa anda adalah wanita yang paling bahagia, paling tinggi darjatnya dan yang paling terhormat kedudukannya. Alhamdulillah.

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah( pula ) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi ( darjatnya ), jika kamu orang-orang yang beriman. ( Surah Ali-'Imran : Ayat 139 )

Boleh ke couple?? Apa hukumnya?

Assalamualaikum..

Pertamanya, apa maksud bercinta itu?
Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain?

Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya.

Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ?
Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik.
Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.

Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru,
tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.
Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.

Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut.
Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang.

Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi saw dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah saw: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”.
Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).

Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin.
Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin.

Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”.
Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273).

Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah:
1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya.

2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak.

3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?)

Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud.

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.
Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya.
Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq.

Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63).

Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu.
Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63).

Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan.

Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amir Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”.
Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah.

Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith:

(الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف(. أخرجه البخارى (3/1213،3158).

Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih).
Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158).

Jangan bimbang jika hati dah suka, cuma kalau tak mampu, try tahan diri dari couple (dating2,manja2, dan aktiviti yang sewaktu dengannya)...

Sabda Nabi: (Antara keelokan Islam seseorang itu, dia meninggalkan apa yang tak patut baginya).
Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (4/558, no 2317) dan dia berkata: Gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2/1315, no 3976) dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya (1/466, no 229).
Berpuasalah.. Buat benda-benda baik...Jaga solat..sebab solat jaga diri dari buat benda haram...
tapi kalau mampu dan dah tiba masanya, kahwin je lah.. =) Mudahnye Islam.. Masyaallah!
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [QS Ar-Rum: 21]

Sunday, May 8, 2011

Dikau Di Hatiku

Dikau
Mengajarku erti cinta
Dikaulah
Mengajarku erti perpisah & keperitan
Cukuplah sayang
Hatiku penuh sengsara
Kerana cintamu
Isi hati kau pernah bersuara
Aku tetap diingatanmu
Dunia ini milik kekasih
Aku berhak mencintaimu
Tapi hakikatnya..
Kau insan yang tidak layak dalam dunia cinta
Dari hari ke hari
Aku semakin mencintaimu
Kerna kusedar
Bukannya mudah untukku melupakanmu
Kukenang cintamu dalam hati ini
Ketika waktu inginku mendekatimu
Kau pergi begitu saja
Namun tiada apa yang dapat kukatakan
Kerna kau insan yang kupuja
Sebagai insan,
Andai dirimu itu mampu aku miliki
Inginku bina mahligai cinta
Hanya secebis coretan buat tatapan dirimu
Kau masih dihatiku
Terima kasih buat kau
Yang Melukai Hatiku Ini..